
TAIDIN SUHAIMIN adalah penceramah
dan fasilitator profesional dari Sabah, Malaysia dalam bidang pembangunan
diri, pengurusan dan komunikasi yang berpengalaman di peringkat antarabangsa.
Semenjak tahun 1993, ribuan peserta
dari pelbagai lapisan dari lebih 150
buah organisasi di Asia Tenggara khususnya di Malaysia, Singapura dan
Brunei serta di Timur Tengah telah mengikuti program-program latihan dan
pembangunan sumber manusia dalam sesi-sesi ceramah, seminar-seminar, persidangan-persidangan
dan kursus-kursus yang beliau kendalikan.
Beliau juga pernah menyampaikan siri-siri
ceramah motivasi menerusi TV1, RTM dalam Rancangan Inspirasi Pagi
dan Radio Malaysia Sabah dalam Rancangan Motivasi Pagi.
Graduan Sains Pengurusan (Pemasaran)
dari Lancaster University, United Kingdom; dan Diploma Pentadbiran Awam
dari Universiti Teknologi MARA, Malaysia, Encik Taidin Suhaimin mengkhusus
dalam bidang-bidang pembangunan dan latihan
sumber manusia seperti berikut:
-
Motivasi & Pembangunan Diri
-
Kepimpinan & Pengurusan
-
Komunikasi & Perhubungan Pelanggan
Beliau yang mengendalikan program-program
latihan dan pembangunan sumber manusia dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris merupakan penulis buku-buku yang
berjodol:
-
Awakening The GIANT In You!
-
Membangunkan GERGASI Dalam Diri
Anda
-
How to Speak Confidently &
Effectively in Front of Audience
-
Effective Leadership, Management
& Supervisory Skills
-
Motivasi, Teknik Belajar &
Strategi Menghadapi Peperiksaan
Merupakan Pengasas, Pengerusi dan Ketua
Juruperunding UGMC, beliau mempunyai lebih 28 tahun pengalaman kerja termasuk
lebih 16 tahun sebagai penceramah dan perunding motivasi dan pembangunan
diri.
Misi beliau adalah untuk menyumbang
ke arah pembangunan dan kejayaan diri peserta-peserta program-program beliau
dengan menyajikan maklumat dalam suasana yang membangunkan minda, saling
bantu-membantu serta menyeronokkan.
What
Participants Say About Taidin Suhaimin’s Training Programmes?
List
of Clients Served By UGMC
Taidin
Suhaimin on Facebook |