 |
| "Saya diutus
demi untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia." - Rasulullah S.A.W. |
Oleh
Taidin
Suhaimin
Perunding Motivasi
Petua-Petua
dan Tips-Tips Motivasi Kejayaan Diri, Motivasi Belajar, Motivasi Pelajar,
Kata-Kata Motivasi, Artikel Motivasi, dan Kata Kata Semangat Motivasi. |
Tuntutan Berbuat Baik
& Bersabar Di Atas Perilaku Manusia
(Riwayat Muslim)
Seorang
lelaki bertanya:
“Wahai
Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan
aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada
mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku. Aku bersabar menghadapi
sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.”
Kemudian
Baginda menjawab:
”Sekiranya
benar sepertimana yang engkau katakan itu, maka seolah-olah engkau menyuap
mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan
daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas
perkara yang demikian itu”.
Huraian:
-
Islam mengajar
umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang
atau pun susah, kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.
Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan
benar dalam bertindak.
-
Islam mengajar
umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi
kebaikan terhadap mereka. Mudah-mudahan dengan itu, hati mereka menjadi
lembut dan baik.
-
Setiap umat Islam
wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.
Panduan
Solat dan Arah Qiblat (Malaysia) - Jakim
Panduan
Solat Cara-Sunnah-Rasulullah
Click
here to email this page to a friend.
(Hakcipta
Terpelihara) 2009, Taidin Suhaimin
http://www.taidinsuhaimin.com
Taidin Suhaimin
adalah
salah seorang perunding motivasi terkemuka di Malaysia. Juga seorang penulis,
beliau telah menyampaikan program-program pembangunan sumber manusia di
lebih 150 organisasi di Malaysia, Singapura dan Brunei serta menerusi Radio
Sabah dan TV1 Malaysia.
|
 |