| Quote: |
"Pangkal segala
kemunduran kita pada hari ini terletak di atas cara-cara kita berfikir
dan cara-cara kita menghadapi satu-satu masalah di rumah, sekolah, pejabat,
di Ladang, dan juga di kilang-kilang dan perniagaan.”
Tan Sri Senu
Abdul Rahman - Revolusi Mental |
|
 |
| Motivation
and Self-Development Training |
Etika Kerja,
Disiplin dan
Motivasi TM
Pekerja Cemerlang
Jangka
Masa: 2 Hari
Program Etika
Kerja, Disiplin dan Motivasi Pekerja Cemerlang ini telah disusun
khusus untuk membantu peserta-peserta:
-
Meningkatkan kefahaman mereka tentang
konsep etika kerja dan kepentingan melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan
dengan cemerlang.
-
Mengenalpasti pengaruh paradigma terhadap
sikap dan keberkesanan diri serta bagaimana membuat anjakan paradigma dan
merubah tetapan minda.
-
Menanamkan sikap positif dan proaktif
dalam setiap tindakan mereka.
-
Meningkatkan tahap etika dan disiplin
dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
-
Meningkatkan tahap motivasi serta kecekalan
dalam menghadapi sebarang cabaran hidup dan kerjaya.
-
Mengenalpasti perubahan-perubahan yang
perlu pada diri sendiri untuk mencapai objektif-objektif di atas.

-
KONSEP KEBERKESANAN & KECEMERLANGAN
-
ANJAKAN PARADIGMA – MERUBAH TETAPAN
MINDA (MIND-SET)
-
SIKAP & AMALAN PROAKTIF
-
MEMUPUK SIKAP & AMALAN PROAKTIF
-
KONSEP, NILAI DAN TONGGAK-TONGGAK
ETIKA
-
MEMUPUK NILAI-NILAI, ETIKA KERJA
& DISIPLIN CEMERLANG
Program Etika
Kerja, Disiplin & Motivasi ini sesuai dihadiri oleh semua peringkat
kakitangan organisasi khususnya kakitangan-kakitangan sokongan. |
 |
 |
 |
Taidin Suhaimin conducting this
Etika
Kerja, Disiplin & Motivasi Pekerja Cemerlang training
programme for the first time (1994). In the middle is Mr. Collin Millington
the then General Manager of Corporate Dynamic Sdn Bhd, Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia giving away a certificate of successful completion to one of the
participants. |
Apa kata
peserta-peserta yang lalu tentang program ini:
| Saya merasa, kursus yang saya
hadhiri ini amat berguna pada diri saya sebagai seorang supervisor kerana
ianya dapat mempertingkatkan mutu kerja dan memberi wawasan yang berguna
sebagai seorang pemimpin. - Asmadi Bin Mohd Tahir - Financial Park (L)
Sdn. Bhd. |
| Saya terlebih dahulu mengucapkan
jutaan terima kasih pada penganjur atas bimbingan serta motivasinya yang
cukup berkesan dan bermanfaat sekali. Dengan kursus ini saya dapat meningkatkan
keyakinan pada diri saya dengan tinggi sekali. - Edward Labansin - Asian
Supply Base Sdn. Bhd. |
| Kursus ini amat bermakna dalam
kehidupan seharian. Banyak perkara baru yang dipelajari. - Jumatin Justeh
- Yayasan Usaha Maju |
|
 |
 |