| Petikan Ucapan |
| "Usaha menarik pelancong ke negeri
ini bukan sahaja berkehendakkan penglibatan Kerajaan Negeri, tetapi juga
kerjasama orang ramai. Layanan dan perkhidmatan harus cekap dan bermutu,
bahkan kita mestilah juga mesra, jujur dan amanah." - Tun Dr. Mahathir
Mohamad |
|
 |
| Communications
and Customer Service Training |
Perkhidmatan
Pelanggan Berkualiti
Jangka
Masa: 2 Hari
Program latihan Perkhidmatan
Pelanggan Berkualiti ini diolah khusus untuk:
-
Meningkatkan kefahaman dan penghayatan
peserta tentang konsep perkhidmatan pelanggan dan kepentingan memberikan
perkhidmatan berkualiti kepada setiap pelanggan.
-
Menjelaskan kaedah-kaedah memberi layanan
yang lebih positif dan bersopan-santun kepada setiap pelanggan.
-
Meningkatkan kemahiran peserta berkomunikasi
& berinteraksi dengan setiap pelanggan.
-
Menjelaskan kepentingan perkhidmatan
pelanggan dalaman yang cemerlang dan impaknya terhadap kualiti perkhidmatan
pelanggan luaran.
-
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
peserta mengendalikan setiap aduan dan rungutan pelanggan.
-
Menjelaskan kepada peserta-peserta langkah-langkah
tambahan untuk memupuk serta meningkatkan kepuasan dan kesetiaan pelanggan.
-
PENGENALAN
KEPADA PERKHIDMATAN PELANGGAN
-
MEMAHAMI KEPERLUAN-KEPERLUAN
PSIKOLOGI & HAK-HAK ASASI PELANGGAN
-
MENINGKATKAN
KUALITI KOMUNIKASI & INTERAKSI DENGAN PELANGGAN
-
KUALITI PERKHIDMATAN
PELANGGAN DALAMAN & IMPAKNYA TERHADAP PERKHIDMATAN PELANGGAN LUARAN
-
MENANGANI ADUAN
/ RUNGUTAN PELANGGAN DENGAN POSITIF
-
MEMBINA SIKAP
POSITIF & SOPAN-SANTUN TERHADAP SETIAP PELANGGAN SERTA KEYAKINAN DAN
KESETIAAN PELANGGAN
Kursus Perkhidmatan
Pelanggan Berkualiti ini amat berfaedah kepada kakitangan-kakitangan hadapan
serta sesiapa juga yang tugas harian mereka sentiasa berurusan dengan pelanggan-pelanggan. |
 |
 |
 |
| Taidin Suhaimin conducting a Quality
Customer Service (Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti) Training Programme
for Sabah Parks in Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. |
| Apa kata
peserta-peserta lalu tentang program Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti
ini: |
| "Saya telah mempelajari cara-cara
yang betul berinteraksi dengan pelanggan." - Teriza Joseph, Kesawan Shipping,
Sabah, Malaysia |
| “Saya mempelajari panduan mengendalikan
perhubungan dan perkhidmatan pelanggan berkualiti dan merasa lebih yakin
dan seronok memulakan tugas ini. - Terima kasih." Alicie Jampi, Sabah Parks,
Sabah, Malaysia |
| "Seminar ini adalah yang terbaik
bagi saya." - Mohd Badarudin Estim, Yayasan Usahawan Maju, Sabah, Malaysia |
|
 |
 |
|
 |
|